Selamat Datang ke Laman Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental

Laman interaktif Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM) dibangunkan khusus untuk kaunselor dan pembantu professional  kesihatan mental dan trauma bagi meningkatkan kecekapan amalan kaunseling trauma dan kesihatan mental. Anda semua akan mendapat kefahaman dan manfaat tentang  apa itu kaunseling trauma, intervensi krisis, kesihatan mental, pentaksiran krisis dan amalan kaunseling trauma yang terbaik.

Fokus laman web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM) ini adalah untuk anda berinteraksi secara maya berkaitan kes-kes tekanan traumatik.

 


  

KESIHATAN MENTAL & TRAUMA

Trauma bermula apabila sesuatu kejadian atau pengalaman melebihi atau ‘overwhelms’ daripada mekanisma menangani  yang ada pada individu. Trauma adalah apa-apa tekanan yang berlaku secara tiba-tiba dan memaksa dan pengalaman melaluinya adalah ‘overwhelm.’ 



PENTAKSIRAN KRISIS

Peristiwa traumatik memberikan  satu set cabaran yang  unik  kepada para pembantu (seperti kaunselor, pekerja sosial, sukarelawan) untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran yang berterusan dan pantas tentang keadaan keseimbangan klien akan menentukan apa yang kaunselor akan lakukan dalam beberapa saat atau minit akan datang sebaik sahaja krisis terungkai.



KAUNSELING TRAUMA

Kaunseling trauma sesuai dijalankan pada bila-bila masa selepas 2 hingga 3 bulan selepas berlakunya peristiwa traumatik walau sesetengah berpendapat ianya boleh dilakukan selepas 1 bulan.



KIT KESIHATAN

Idea untuk menghasilkan Kit Pendidikan Kesihatan Mental dan Trauma (KPKMT)  tercetus daripada senario semasa yang berlaku di Malaysia dan di seluruh dunia, di mana kita sering dikejutkan  dengan berita atau peristiwa yang mengerikan seperti bencana alam, peperangan, politik dan krisis ekonomi, kemalangan ngeri, wabak penyakit dan sebagainya.

HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang pendapat dan pertanyaan, sila klik ada pautan di bawah:

Video Montaj KTKM

Today's Quote

"Out of suffering have emerged the strongest soul; the most massive characters are seared with scars."  - Khalil Gibran -

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)