Selamat Datang ke Laman Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental
Laman interaktif Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM) dibangunkan khusus untuk kaunselor dan pembantu professional kesihatan mental dan trauma bagi meningkatkan kecekapan amalan kaunseling trauma dan kesihatan mental. Anda semua akan mendapat kefahaman dan manfaat tentang apa itu kaunseling trauma, intervensi krisis, kesihatan mental, pentaksiran krisis dan amalan kaunseling trauma yang terbaik.
Fokus laman web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM) ini adalah untuk anda berinteraksi secara maya berkaitan kes-kes tekanan traumatik.
KESIHATAN MENTAL & TRAUMA
Trauma bermula apabila sesuatu kejadian atau pengalaman melebihi atau ‘overwhelms’ daripada mekanisma menangani yang ada pada individu. Trauma adalah apa-apa tekanan yang berlaku secara tiba-tiba dan memaksa dan pengalaman melaluinya adalah ‘overwhelm.’
PENTAKSIRAN KRISIS
Peristiwa traumatik memberikan satu set cabaran yang unik kepada para pembantu (seperti kaunselor, pekerja sosial, sukarelawan) untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran yang berterusan dan pantas tentang keadaan keseimbangan klien akan menentukan apa yang kaunselor akan lakukan dalam beberapa saat atau minit akan datang sebaik sahaja krisis terungkai.
KAUNSELING TRAUMA
Kaunseling trauma sesuai dijalankan pada bila-bila masa selepas 2 hingga 3 bulan selepas berlakunya peristiwa traumatik walau sesetengah berpendapat ianya boleh dilakukan selepas 1 bulan.
KIT KESIHATAN
Idea untuk menghasilkan Kit Pendidikan Kesihatan Mental dan Trauma (KPKMT) tercetus daripada senario semasa yang berlaku di Malaysia dan di seluruh dunia, di mana kita sering dikejutkan dengan berita atau peristiwa yang mengerikan seperti bencana alam, peperangan, politik dan krisis ekonomi, kemalangan ngeri, wabak penyakit dan sebagainya.