Dalam menangani pertukaran pengetahuan tentang stres yang tenat dan trauma, para profesional dalam bidang trauma menghadapi pelbagai cabaran mengenai bagaimana untuk melibatkan diri dalam melakukan pekerjaan  ini dengan berintegriti, peka  dan jujur. Satu pasukan petugas ISTSS telah dibentuk pada tahun 2000 untuk merangka parameter amalan terbaik yang akan merangsang perbincangan dan pertukaran maklumat dalam kalangan mereka  berkaitan  stres yang traumatik. Ini bukan bermaksud  sebagai dasar-dasar pengawasan, tetapi sebaliknya sebagai satu cara untuk memulakan dialog mengenai amalan profesional dalam bidang ini.

Lembaga  Pengarah ISTSS telah  meluluskan satu versi draf Parameter Amalan untuk disebarkan kepada ahli-ahli ISTSS untuk maklum balas dan pengubahsuaian. Tiga puluh ahli telah memberikan maklum balas dan beberapa pengubahsuaian telah dibuat sebagai jawapan kepada komen ahli-ahli seperti draf di bawah:

 

International Society for Traumatic Stress Studies (ISTSS)

ISTSS adalah satu organisasi antarabangsa pelbagai disiplin yang dianggotai oleh ahli-ahli professional yang menggalakkan kemajuan dan pertukaran pengetahuan tentang stress yang traumatik. Pengetahuan ini merangkumi kefahaman tentang skop dan akibat pendedahan trauma, pencegahan peristiwa traumatik, penambahbaikan kesan negatif, dan aktiviti sokongan dalam bidang stres yang traumatik. Selaras dengan misi ini, ISTAA telah membangunkan parameter amalan terbaik untuk memberikan panduan dan cadangan kepada pakar-pakar trauma mengenai tugas-tugas mereka dalam bidang ini.  Parameter-parameter ini, yang bersifat aspirasi, adalah bertujuan untuk menjaga maruah, kebajikan, dan autonomi kepada mereka yang menerima perkhidmatan klinikal atau mengambil bahagian dalam penyelidikan trauma. Lokasi, konteks budaya, dan keadaan di mana ahli professional trauma bekerja adalah  berbeza-beza, dan parameter-parameter  ini mungkin tidak boleh  diaplikasikan dalam semua keadaan. Oleh itu, pengecualian dan pertimbangan dari parameter ini, dalam dan dari diri mereka sendiri, tidak boleh ditafsirkan sebagai tidak beretika, di bawah amalan yang standard, atau yang boleh dipertanggungjawabkan secara sah dalam tindakan mahkamah.

  


 

Seterusnya:

ISTSS (International Society for Traumatic Stress Studies)

INTERVENSI KLINIKAL & ORGANISASI

PENGAJARAN & LATIHAN

PENYELIDIKAN

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)