ISTSS adalah satu organisasi antarabangsa pelbagai disiplin yang dianggotai oleh ahli-ahli professional yang menggalakkan kemajuan dan pertukaran pengetahuan tentang stress yang traumatik. Pengetahuan ini merangkumi kefahaman tentang skop dan akibat pendedahan trauma, pencegahan peristiwa traumatik, penambahbaikan kesan negatif, dan aktiviti sokongan dalam bidang stres yang traumatik. Selaras dengan misi ini, ISTAA telah membangunkan parameter amalan terbaik untuk memberikan panduan dan cadangan kepada pakar-pakar trauma mengenai tugas-tugas mereka dalam bidang ini. 

 

Parameter-parameter ini, yang bersifat aspirasi, adalah bertujuan untuk menjaga maruah, kebajikan, dan autonomi kepada mereka yang menerima perkhidmatan klinikal atau mengambil bahagian dalam penyelidikan trauma. Lokasi, konteks budaya, dan keadaan di mana ahli professional trauma bekerja adalah  berbeza-beza, dan parameter-parameter  ini mungkin tidak boleh  diaplikasikan dalam semua keadaan. Oleh itu, pengecualian dan pertimbangan dari parameter ini, dalam dan dari diri mereka sendiri, tidak boleh ditafsirkan sebagai tidak beretika, di bawah amalan yang standard, atau yang boleh dipertanggungjawabkan secara sah dalam tindakan mahkamah.

Para profesional dan separa professional yang bekerja dengan mangsa trauma, sebagai guru, doktor dan ahli akademik:

  • Mematuhi piawaian dan garis panduan profesion mereka; mereka mendapatkan khidmat nasihat dan penyeliaan seperti yang diperlukan dan mengelak daripada bekerja secara berasingan.
  • Mematuhi kod etika profesional yang berkaitan  dan mengutamakan undang-undang antarabangsa, negara, dan tempatan yang mengawal aktiviti-aktiviti mereka. Dalam kes yang unik dan luar biasa, di mana undang-undang yang mungkin memandatkan atau menggalakkan tingkah laku yang tidak beretika yang berpotensi membahayakan, mereka harus mendapatkan khidmat nasihat, cuba untuk menyelesaikan keadaan dalam lingkungan undang-undang, cuba untuk mengubah undang-undang, dan berusaha untuk menentukan tindakan yang terbaik  yang memaksimumkan kebajikan pelanggan / pengguna.
  • Melibatkan diri dalam proses persetujuan termaklum seboleh mungkin untuk memastikan bahawa klien berpengetahuan mengenai prosedur dan perkhidmatan yang mereka terima, termasuk perjalanan  intervensi atau penyelidikan yang dijangkakan, risiko dan manfaat, sifat penyimpanan rekod, dan kewajipan serta  tanggungjawab setiap pihak.
  • Melibatkan diri dalam pendidikan berterusan untuk mengekalkan kepakaran semasa.
  • Menyampaikan maklumat benar dan tepat kepada klien, pelajar, dan orang awam.
  • Menyediakan perkhidmatan, mengajar, menjalankan penyelidikan, dan memberi pandangan profesional dengan penduduk dan hanya dalam batas kecekapan mereka, berdasarkan pendidikan mereka, latihan, aktiviti pengalaman, perundingan, kajian, dan pengalaman profesional. Jika diminta untuk memberi pendapat untuk disebarkan kepada orang ramai mengenai perkara yang di luar batasan  kecekapan mereka, para profesional trauma perlu menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai latihan khusus dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, mereka yang tidak mempunyai latihan klinikal tidak memberikan pandangan tentang bantuan kendiri atau rawatan berikutan stress yang traumatik dan mereka yang tidak mempunyai latihan perubatan tidak memberikan pandangan mengenai ubat-ubatan.
  • Mendedahkan kepentingan kewangan dan potensi percanggahan/ konflik kepentingan dalam segala usaha profesional. Jika konflik wujud, bimbingan dan perundingan perlu dicari mengenai cara-cara untuk mengurangkan konflik sebenar atau potensi konflik
  • Berinteraksi secara profesional dengan rakan-rakan mereka termasuk apabila mereka berada dalam keadaan konflik atau percanggahan.
  • Berusaha untuk memastikan bahawa mana-mana persekitaran kerja yang mana mereka bertanggungjawab selaras dengan dan menggalakkan perlakuan beretika.
  • Berusaha untuk melindungi maruah mangsa trauma dalam semua konteks.

 


 

Seterusnya:

INTERVENSI KLINIKAL & ORGANISASI

PENGAJARAN & LATIHAN

PENYELIDIKAN

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)