Para profesional trauma yang mengajar atau menjalankan latihan:

  • Berusaha untuk memastikan bahawa bahan mereka adalah terkini dan disampaikan dengan benar dan tepat.
  • Jangan mengeksploitasi pelajar atau pelatih yang diselia secara profesional atau secara peribadi.
  • Melakukan setiap usaha untuk menyampaikan kandungan program dengan tepat.
  • Maklumkan kepada pelajar atau pelatih yang diselia tentang apa-apa konflik kepentingan, termasuk manfaat kewangan menggunakan teks-teks tertentu.
  • Menyampaikan kepada  pelajar (supervisees) potensi impak kerja trauma (traumatisasi vikarius, sekunder dan tidak langsung) dan kewajipan untuk penjagaan diri.
  • Seberapa mungkin, memaklumkan kepada penonton atau pendengar, apabila contoh kes atau media boleh mencetuskan reaksi-reaksi trauma pendengar dalam cara yang boleh diramal.
  • Tidak memerlukan pelajar untuk mengambil bahagian dalam latihan individu atau kumpulan menggalakkan pendedahan kendiri  tentang sejarah peribadi tanpa terdahulu memberikan persetujuan termaklum dengan pilihan untuk menolak penyertaan.

 


 

Seterusnya:

PENYELIDIKAN

INTERVENSI KLINIKAL & ORGANISASI

ISTSS (International Society for Traumatic Stress Studies) 

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)