ISTSS didedikasikan kepada penemuan dan penyebaran pengetahuan tentang tekanan trauma dan kesan jangka panjang dan serta-merta. Walaupun penyelidikan adalah penting untuk kemajuan bidang ini, kebajikan partisipan penyelidikan perlu diberi  keutamaan mengatasi apa-apa pertimbangan lain.

Penyelidik Trauma:

Dapatkan penyeliaan dan perundingan apabila penyelidikan mereka melibatkan bidang atau metodologi yang melebihi kepakaran mereka.

 

Mengemukakan cadangan penyelidikan  mereka untuk semakan dan kelulusan oleh institusi lembaga kajian  etika yang sedia ada. Sekiranya suatu institusi lembaga kajian etika tidak boleh diperoleh, penyelidik mendapatkan khidmat nasihat daripada Lembaga perlindungan subjek manusia  yang ditubuhkan secara bebas atau penyelidik bebas berpengetahuan luas yang tidak mempunyai konflik sebenar atau ketara dengan penyelidik utama dan cadangan penyelidikan, dan mereka yang boleh mengambil bahagian dalam pemeriksaan bebas daripada cadangan kajian untuk menentukan sama ada risikonya lebih besar daripada manfaatnya dan untuk menentukan kekukuhan metodologi.

Menggunakan piawaian penyelidikan dalam semua projek penyelidikan untuk memastikan bahawa partisipan dilayan dengan berperikemanusiaan dan hormat. Piawaian ini termasuk berusaha untuk:

  • Mengurangkan risiko sambil memaksimumkan manfaat sama ada kepada partisipan dan / atau bidang tekanan trauma. Untuk mengurangkan risiko kepada partisipan, penyelidik perlu teliti menyaring partisipan dan mempunyai peraturan yang jelas untuk menghentikan kajian atau untuk menamatkan penyertaan dalam respon kepada kajian yang berkaitan dengan peristiwa buruk. Apabila perlu, penyelidik mempunyai prosedur untuk menterbalikkan sebarang kesan negatif dan prosedur untuk menjalankan penilaian susulan atau intervensi. Prosedur ini sangat diperlukan dalam provokasi simptom-simptom atau kajian-kajian yang mencabar.
  • Melibatkan pengguna (contohnya, mangsa trauma, peguam bela mangsa trauma) untuk mengkaji semula reka bentuk penyelidikan dan prosedur persetujuan apabila perlu.
  • Memastikan partisipan memahami dengan jelas tujuan dan prosedur kajian itu dan mereka mempunyai pilihan untuk menolak atau tidak meneruskan penyertaan dalam penyelidikan pada bila-bila masa. [Nota: Dalam kebanyakan penyelidikan yang melibatkan pemerhatian atau dijalankan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard sesebuah organisasi (iaitu, jaminan kualiti), kebenaran tersebut biasanya tidak diperlukan]. Penyelidik mengambil perhatian yang khusus dalam pengambilan partisipan yang berpotensi yang mempunyai keupayaan membuat keputusan yang terhad atau memerlukan perlindungan khas.
  • Sensitif kepada isu-isu budaya, etnik, dan politik dalam pembangunan, tingkah laku, dan pembentangan penyelidikan.
  • Merangka mekanisme untuk melindungi kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh partisipan kajian.
  • Mengelakkan penggunaan prosedur yang melibatkan risiko bahaya kecuali manfaat yang dijangkakan jelas mengatasi risiko.
  • Menghentikan kajian apabila banyak peristiwa-peristiwa negatif  berkaitan dengan kajian dikenal pasti.
  • Melaporkan  penemuan kajian dan metodologi sepenuhnya dan tepat.
  • Memberi pujian yang sepatutnya dan tawaran pengarang berdasarkan sumbangan sebenar dan berkadar.
  • Menyediakan latihan khusus seperti yang diperlukan dan penyeliaan yang  bertanggungjawab kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjalankan penyelidikan.
  • Menyembunyikan sebaik mungkin perihal individu atau persembahan kes kecuali maklumat dalam domain awam. Penyelidik mendapatkan kebenaran yang jelas dari partisipan  untuk membentangkan butiran kes yang boleh mendedahkan identiti partisipan.
  • Tidak membentangkan hasil kerja forensik atau klinikal sebagai penyelidikan melainkan pengesahan termaklum telah diperoleh membolehkan mereka untuk berbuat demikian atau kerja tersebut berdasarkan maklumat dalam domain awam.

 


 

Seterusnya:

ISTSS (International Society for Traumatic Stress Studies)

INTERVENSI KLINIKAL & ORGANISASI

PENGAJARAN & LATIHAN

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)