Skala domain kognitif menunjukkan reaksi kognitif yang merujuk kepada persepsi individu terhadap peristiwa (event). Dalam keadaan krisis, pemikiran individu mungkin seperti berlebih-lebihan atau melampau (exaggerate) atau memutarbelitkan reaksi emosi dan tingkah laku mereka. Individu mungkin mempersepsikan perlanggaran hak-hak mereka yang dicabuli (transgression - present), ancaman terhadap potensi bahaya (threat - future) atau mengalami sesuatu kehilangan yang tidak dapat diganti (loss - past).
Tiga persepsi ini boleh berlaku dalam mana-mana domain kehidupan: fizikal (makanan, tempat tinggal dan keselamatan), psikologi (konsep kendiri, kestabilan emosi dan identiti), sosial (keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, sokongan komuniti), nilai dan kepercayaan (moral, spiritual, integriti) (Samsiah et. al., 2015). Pentaksiran kerosakan / ketidakfungsian kognitif melihat kepada keupayaan individu untuk fokus dan menumpukan perhatian, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kehadiran kekeliruan, persepsi tidak sepadan dengan realiti, dan kawalan terhad ke atas pemikiran intrusif memberikan skor ketenatan yang lebih tinggi pada skala kognitif.
Intervensi Krisis: Borang Pentaksiran Triage
©R.A. Myer, R.C. Williams, A.J. Ottens, & A.E. Schmidt
Skala Ketenatan Kognitif
Bulatkan nombor yang paling hampir dengan reaksi klien terhadap krisis.
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
Tiada Kerosakan/ Ketidakfungsian | Kerosakan/ Ketidakfungsian Minima | Kerosakan/ Ketidakfungsian Rendah | Kerosakan/ Ketidakfungsian Sederhana | Kerosakan/ Ketidakfungsian Tinggi | Kerosakan/ Ketidakfungsian Tenat | ||||
Konsentrasi baik. Klien menunjukkan keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang normal. Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis sepadan dengan situasi realiti. | Pemikiran klien mungkin dibelenggu oleh peristiwa krisis tetapi fokus pemikiran di bawah kawalan kemahuan. Keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan terganggu secara minimum. Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis sepadan dengan situasi realiti. | Gangguan kosentrasi yang tidak kerap/ jarang. Klien persepsikan kurang/ hilang kawalan pemikiran terhadap peristiwa krisis. Klien mengalami kesukaran yang berulang dengan keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis mungkin ada yang berbeza dalam beberapa hal dengan situasi realiti. | Gangguan yang kerap dalam konsentrasi. Pemikiran yang intrusif tentang peristiwa krisis dengan kawalan yang terhad. Keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan dipengaruhi oleh rasa obsesif, ragu-ragu, dan keliru. Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis mungkin ketara berbeza dengan realiti. | Klien dibelenggu oleh pemikiran yang intrusif berkaitan peristiwa krisis. Kesesuaian keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan dipengaruhi oleh rasa obsesif, ragu-ragu, dan keliru. Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis mungkin sangat ketara berbeza dengan realiti. | Ketidakupayaan yang ketara/ besar untuk menumpukan perhatian terhadap apa sahaja kecuali peristiwa krisis. Klien sangat dibelenggu oleh rasa obsesif, keraguan, kekeliruan sehingga penyelesaian masalah dan membuat keputusan telah lumpuh (‘shut down’). Persepsi dan interpretasi klien terhadap peristiwa krisis mungkin sangat ketara berbeza dengan realiti sehingga menjadi ancaman kepada kebajian klien. |
Seterusnya: