Skala domain tingkah laku  memaparkan tingkah laku dalam krisis yang boleh berlaku sebagai tingkah laku mendekati / menangani (approach / fight) iaitu mencari jalan penyelesaian, mengelak (avoidance / flight) iaitu percubaan melarikan diri dengan cara yang paling cepat) atau tidak mobil / lumpuh (immobility / freeze) iaitu terperangkap dalam kitaran masalah yang berterusan, tidak produktif (Samsiah et.al., 2015). Kriteria pentaksiran tingkah laku memerihalkan tentang tahap kerosakan / ketidakfungsian dalam prestasi kerja / aktiviti dalam kehidupan seharian, keberkesanan dan kesesuaian tingkah laku menangani dan potensi untuk membahayakan diri sendiri dan orang lain (Samsiah & Mohammad Nasir, 2016).

 

Intervensi Krisis: Borang Pentaksiran Triage

 

©R.A. Myer, R.C. Williams, A.J. Ottens, & A.E. Schmidt

 

Skala Ketenatan Tingkahlaku

Bulatkan nombor yang paling hampir/ sepadan dengan reaksi klien terhadap krisis. 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Tiada

Kerosakan/ Ketidakfungsian

Kerosakan/ Ketidakfungsian Minima

Kerosakan/ Ketidakfungsian Rendah

Kerosakan/ Ketidakfungsian Sederhana

Kerosakan/ Ketidakfungsian Tinggi

Kerosakan/ Ketidakfungsian Tenat

Tingkahlaku menangani (coping) yang bersesuaian dengan peristiwa krisis. Klien melaksanakan tugasan yang diperlukan untuk kefungsian harian.

Penggunaan tingkahlaku menangani yang tidak berkesan secara jarang/ tidak kerap. Klien melakukan tugasan yang diperlukan untuk kefungsian harian tetapi melaksanakan dengan usaha yang jelas kelihatan

 

Penggunaan tingkahlaku menangani yang tidak berkesan secara jarang/ tidak kerap. Klien mengabaikan beberapa tugasan yang diperlukan dalam kefungsian harian yang jelas dikompromi.

Klien menunjukkan tingkahlaku menangani yang tidak berkesan dan maladaptif. Keupayaan melaksanakan tugasan yang diperlukan untuk kefungsian harian jelas dikompromi.

.

Klien menunjukkan tingkahlaku menangani yang mungkin boleh memulakan/ mencetus situasi krisis. Keupayaan melaksanakan tugasan yang diperlukan untuk kefungsian harian jelas tiada

Tingkahlaku tidak tentu arah (erratic), dan tidak dijangkakan. Tingkahlaku klien membahayakan diri sendiri dan orang lain.

 


 

Seterusnya:

SKALA DOMAIN AFEKTIF

SKALA DOMAIN KOGNITIF

PENTAKSIRAN KRISIS & TRAUMA

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)