Model intervensi krisis ‘Six-step (James, 2008) terhadap klien dijalankan dalam dua fasa: fasa mendengar dan fasa tindakan. Dalam fasa mendengar, kaunselor melaksanakan 3 langkah iaitu: mendefinisi masalah, memastikan keselamatan klien, dan memberikan sokongan.

Melalui 3 langkah awal ini, peranan kaunselor adalah untuk memahami persepsi klien terhadap apa yang telah berlaku, menaksir dan meminimakan potensi ancaman-ancaman terhadapa keselamatan psikologi dan fizikal klien, dan membantu klien untuk merasakan dirinya didengari dan difahami.

 

Dalam fasa mendengar, kaunselor membantu klien untuk membina pelan tindakan. Tiga langkah dalam fasa tindakan ialah meneliti atau mencari alternatif, membuat perancangan dan mendapatkan komitmen klien terhadap perancangan yang dibuat. Peranan kaunselor di fasa tindakan ini adalah untuk membantu klien memberi sumbang saran (brainstorm) mengenai potensi-potensi pelan tindakan, menimbangkan pilihan-pilihan yang ada, memilih perancangan yang terbaik yang memenuhi kehendak klien, dan memastikan klien merasakan yang mereka berupaya dan bersedia untuk melaksanakan pelan tindakan yang dipilih.

Contoh Kes Menggunakan  ‘Six-Step Model’

Jun, 32 tahun seorang pegawai perhubungan awam. Beliau juga sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang perakaunan secara separuh masa. Dia anak yang bongsu dari 3 orang adik beradik dalam keluarga. Dua adik beradiknya sangat berjaya dalam kerjaya dan menetap di luar negara. Beliau tinggal bersama kawan sekerja, Elin, hubungan sosial dengan orang sekelilingnya sangat baik dan baharu sahaja mendapat kenaikan pangkat. Baru-baru ini,  Jun mengalami masalah dengan bakal tunangnya TC, dan dalam proses untuk berpisah . Mereka telah berkawan baik selama 4 tahun sejak dari universiti. 

Sebulan lepas, Jun mendapat tahu yang TC menjalinkan hubungan dengan perempuan yang agak dikenalinya.  Apabila dia bertanya kepada TC, beliau (TC) menafikannya. Dia juga ada berhadapan dengan perempuan (Ann)  yang menjalinkan hubungan dengan bakal tunangya itu, Ann meminta maaf kepadanya dan mengatakan beliau tidak tahu yang TC adalah bakal tunannya. Jun sangat terkejut dan dia menceritakan masalahnya kepada Elin, dengan harapan dapat membantu menyelesaikan masalahnya. Jun tidak lalu makan dan tidak boleh tidur. Dia tidak pergi kuliah dan melakukan banyak kesilapan dan kecuaian dalam kerjanya. Dia benci dirinya dan mengatakan yang dia selalu yang kedua terbaik, di rumah dan sekarang dalam hubungan intimnya.  Dia mengasingkan diri dari orang sekelilingnya. 

Apa sahaja yang mengingatkan TC  dan Ann akan membuatnya amat takut (startle response) dan rasa hendak menjerit. Dia cuba berbaik dengan TC tetapi TC tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengannya. Jun tidak tahu apa yang patut di buat, dia menangis setiap malam.  Jun dirujuk kepada anda. Bincangkan Kes Jun.

 

Soalan 1: Adakah Jun dalam keadaan krisis?

 

Soalan 2: Kenapa Jun dalam keadaan krisis?

(Langkah 1: Definisi Masalah)

    TRIGGER?

  • TC menipu/ tidak jujur/ curang
  • Mengetahui kecurangan/ penipuan

    MAKNA?

  • Diri sendiri (I’m no good)
  • Orang lain (macamana saya hendak berhadapan/ percaya orang lain – mereka semua tahu)

 

 KESELAMATAN

(Langkah 2 – Periksa keselamatan)

Adakah kemungkinan suicide/ homicide? Taksir ‘risiko’

MASALAH YANG TIMBUL (boleh juga di Langkah 1)

  • Macam mana saya hendak  berhadapan dengan orang lain
  • Macam mana hendak hidup tanpa TC
  • Mempertikai/ persoal tentang ‘self-worth’ saya

 

Soalan 3: Apa yg klien perlukan dari saya sekarang?

(Langkah 3: Beri sokongan) 

>STAIL MENGARAH (Directiveness)

  • Setakat mana klien stabil & mobile pada penilaian saya
  • Sejauh mana klien perlukan saya (dengan saya  mengambil alih kawalan dan mengarah klien) untuk menyokong klien dalam krisis sekarang

 KESEGERAAN & KELUASAN (Urgency & Breadth)

  • Sokongan – sokongan  normal mungkin ada/ tidak ada langsung
  • Kemahiran daya tindakan – apakah cara yang biasa dilakukan untuk mengendalikan stres
  • Persepsi – How fixed they are? / Bolehkah saya mengubahnya
  • Isu yang mendasari – Pernahkah ini terjadi sebelum ini

 

Soalan 4: Apakah masalah yang paling menekan (pressing) yang memerlukan perhatian ketika itu?

(Langkah 4, 5, 6)

Dapatkan semula mobility dan keseimbangan/ equilibrium

(Matlamat intervensi krisis)

Apa yang saya hendakkan klien LAKUKAN (DO) atau FIKIRKAN dlm masa 2-4 jam

TINDAKAN

  • Go back to work
  • Tinggal dengan kawan
  • Baca sesuatu, dan sebagainya

SOKONGAN

  • Who can she be with?
  • Siapa boleh sokong klien?
  • Siapa ambil berat tentang klien?

PERSEPSI

  • Apa yang saya mahukan klien berfikir/ macamana
  • Contoh: awak tidak curang…tdk menipu orang lain.. awak bertingkah laku dengan baik dan bertanggung jawab. Tidak ada apa yang perlu dimalukan. Jika ada orang yang bertingkah laku tidak baik di sini ia adalah TC. Lebih elok awak mengetahui hal sebenar sekarang daripada tahu kemudian (bila sudah berkahwin)

 

Contoh: Strategi daya tindak

STOP – bila rasa sangat sedih

THINK – Saya boleh cope, saya tidak membuat apa-apa kesalahan

DO – Tarik nafas, fikirkan hal lain

 


 

Seterusnya:

TEORI KRISIS

PENTAKSIRAN KRISIS & TRAUMA

 

Produk Kami

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)