Kaunseling trauma sesuai dijalankan pada bila-bila masa selepas 2 hingga 3 bulan selepas berlakunya peristiwa traumatik walau sesetengah berpendapat ianya boleh dilakukan selepas 1 bulan.

Kaunseling trauma yang dilakukan lebih awal dari 2 hingga 3 bulan (atau 1 bulan) akan menggangu proses penyembuhan dalaman klien secara semula jadi.

 

 

Tujuan kaunseling trauma adalah untuk:

  • Mengintegrasikan kehidupan klien sebelum trauma (pre trauma) dan selepas trauma (post trauma)
  • ‘Empower’ klien utk memperolehi semula ‘sense of control’ terhadap perubahan-perubahan yang telah berlaku di sekelilingnya.

Kaunselor tidak digalakkan menjalankan kaunseling trauma tanpa latihan formal dari mereka yang bertauliah, tetapi melalui latihan kaunseling trauma seperti ini, kaunselor boleh melakukan sekurang-kurangnya  3  perkara yang berikut  untuk membantu klien:

  • Kenalpasti klien yang telah/ sedang mengalami peristiwa traumatik.
  • Kenalpasti simptom2 trauma (atau mungkin PTSD).
  • Berkebolehan membuat rujukan ke tempat yang betul untuk  kaunseling / intervensi yg spesifik

 

Kebanyakan Model Kaunseling Trauma (termasuk yang dibina oleh pengkaji) dibina berdasarkan 3 premis penting iaitu:

  • Bina rasa selamat dan stabil pada klien
  • Ekspresi terhadap apa (peristiwa trauma) yang telah berlaku (Retelling Story)
  • Bina rangkaian sosial dengan hubungan perapatan yang baik antara klien dan persekitarannya (Reconnection)

 

 Garis Panduan Kaunseling Trauma

  • Sentiasa bertenang dan berkeyakinan
  • Mendengar dengan aktif
  • Tunjukkan penerimaan dan tidak membuat penilaian
  • Tunjukkan empati dan refleksi perasaan
  • Berikan suasana yang relaks
  • Benarkan klien bercakap dengan bebas (gangguan yang minimum)
  • Benarkan luahan perasaan
  • Meneroka krisis terkini (immediate crisis) berbanding penyebab krisis
  • Menaksir simptom-simptom yang dialami
  • Menaksir risiko bunuh diri serta bertanya klien tentang perasaan bunuh diri
  • Jangan pandang/ ambil ringan tentang krisis
  • Bersetuju dengan pelan tindakan; jangan menentukan/ menetapkan (prescribe)
  • Buat prioriti; setuju dengan aspek yang mudah dilakukan
  • Elak meneroka masa lampau (attend to immediate concerns)
  • Dapatkan bantuan dari sumber-sumber terdekat/tempatan, dan pertimbangkan sistem sokongan yang  sedia ada

 

Apakah Yang Perlu Diketahui Kaunselor Tentang  Mangsa Trauma (Apa Yang Diharapkan Oleh Mangsa Trauma)

  • Menghormati sempadan klien (tidak dipaksa, ingin rasa selamat dan dilindungi, tidak dicerobohi)
  • Boleh menarik diri dari sesi pada bila-bila masa jika klien ingin berbuat demikian
  • Tidak akan disentuh jika tidak mengingininya (terutama trauma berkaitan seksual)
  • Mahu rasa diterima dan tidak dinilai
  • Ingin didengari atau perasaan mereka didengari
  • Tidak mahu dipaksa/ ingin bersendirian  (kaunselor boleh bertanya/ minta kebenaran klien untuk bercerita)

 


 

Seterusnya:

PROSES & TEKNIK KAUNSELING TRAUMA

TEORI TRAUMA KONTEMPORARI

PENJAGAAN DIRI

 

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)