Dimensi "Penjagaan diri" boleh difahami dalam pelbagai cara. Dalam bentuk yang paling mudah, istilah ini merujuk kepada keupayaan kita sebagai manusia berfungsi dengan berkesan di dunia di samping memenuhi pelbagai cabaran kehidupan setiap hari dengan rasa bertenaga, cergas, dan berkeyakinan. Ia juga menunjukkan bahawa kita adalah pelaku yang aktif dalam proses ini.

Penjagaan diri adalah penjagaan yang dimulakan dan disenggarakan oleh kita sebagai individu. Oleh itu, ia memerlukan penglibatan aktif dari kita semua. Istilah "penjagaan diri" juga telah difahami dalam pelbagai cara. Ia meliputi pelbagai isu-isu dari segi fizikal, emosi, intelek dan rohani.

Sesetengah mengkonsepsikan konstruk ini dengan mengambil kira dimensi minda, badan dan semangat. Lain-lain berpendapat bahawa ia merangkumi dimensi pemikiran, perasaan, dan tingkah laku. Istilah penjagaan diri juga telah dipecahkan kepada aspek peribadi dan pekerjaan. Ia dirujuk sebagai "kesejahteraan", "keseimbangan yang sihat", "daya tahan" dan “kesihatan mental”.

Adalah penting untuk diketahui, walaupun dimensi penjagaan diri boleh dibahagikan kepada beberapa komponen berbeza, pada akhirnya, kesemua komponen yang berbeza ini adalah saling berkaitan. Kegagalan untuk menjaga diri sendiri dalam satu aspek boleh membawa akibat kepada aspek yang lain. Terdapat banyak kesan negatif yang boleh disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menjaga diri kita sendiri. 

Berikut adalah beberapa komponen penjagaan diri yang boleh dijadikan panduan dalam penjagaan diri peribadi dan profesional (Saakvitne & Pearlman, 1996) dalam Samsiah et al. (2014).

Penjagaan fizikal

  • Makan secara sihat
  • Makan makanan sihat
  • Senaman
  • Pemeriksaan kesihatan secara regular, dan sebagainya

Penjagaan psikologikal

  • Peruntukan masa untuk refleksi kendiri
  • Terapi personal
  • Membaca bahan tidak berkenaan dengan kerja anda
  • Membuat sesuatu yang kita tidak mahir / bukan tugas kita
  • Kurangkan tekanan dalam hidup
  • Menyedari pengalaman dalaman – mendengar pemikiran, perasaan, penilaian, sikap dan kepercayaan
  • Libatkan kepakaran anda dalam bidang baharu – sukan, seni, dan sebagainya
  • Katakan tidak kepada tanggung jawab tambahan, dan sebagainya.

Penjagaan Emosi

  • Luangkan masa dengan mereka yang membuat anda terhibur
  • Mengekalkan hubungan dengan orang yang penting dalam hidup anda
  • Berikan diri anda pujian / sanjungan
  • Sayangi diri anda
  • Baca semula buku anda suka, tonton semula cerita yang anda suka
  • Kenal pasti dan cari aktiviti, hubungan, objek yang menggembirakan/ menyelesakan anda
  • Benarkan diri anda untuk menangis
  • Cari sesuatu yang membuat anda ketawa
  • Luahkan kemarahan / ketidakpuasan / kebencian dalam tindakan sosial, surat,  perarakan, protes
  • Bermain dengan kanak-kanak, dan sebagainya.

Penjagaan Spiritual

  • Luangkan masa untuk refleksi kendiri
  • Luangkan masa dengan alam semula jadi
  • Cari hubungan spiritual atau komuniti
  • Terbuka kepada inspirasi (ilham)
  • Hargai optimistik dan harapan
  • Menyedari/ berhati-hati dengan aspek material dalam kehidupan
  • Tidak mengambil tanggung jawab atau menjadi pakar setiap waktu
  • Bersikap terbuka dengan perkara yang tidak diketahui
  • Kenal pasti apa yang bermakna kepada anda dan di mana tempatnya dalam hidup anda
  • Meditasi
  • Sembahyang
  • Meluangkan masa dengan kanak-kanak
  • Mempunyai pengalaman yang menakjubkan / mengagumkan, dan sebagainya.

 


 

Seterusnya:

KAUNSELING TRAUMA

TEORI TRAUMA KONTEMPORARI

PROSES & TEKNIK KAUNSELING TRAUMA

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)