Burnout didefinisikan sebagai keadaan keletihan fizikal, emosional, psikologikal dan spiritual terhasil daripada pendedahan kronik kepada (atau amalan dengan) populasi yang mudah terjejas atau menderita.  Proses sebenar ‘burning out’ digambarkan sebagai keadaan progresif  yang berlaku secara kumulatif dari masa ke masa dengan faktor penyumbang berkaitan dengan individu, populasi yang diberi perkhidmatan, dan organisasi (Maslach, 2001; 2003a; 2003b). Burnout dikonseptualisasikan sebagai multi dimensional atau meta-construct, dengan 3 domain berbeza iaitu  kelesuan / keletihan emosi (emotional exhaustion), kehilangan personaliti (depersonalization), dan  pengurangan kejayaan individu (reduced sense of personal accomplishment) (Maslach & Leiter, 1997).

Pendekatan multi dimensional berkenaan burnout dilihat dapat memberikan konseptualisasi yang holistik terhadap fenomena yang kompleks ini (Lee & Ashworth, 1996; Maslach, 1998). Emotional exhaustion adalah keadaan yang berlaku apabila sumber emosi kaunselor berkurangan atau kehabisan disebabkan oleh keperluan yang kronik, permintaan dan jangkaan dari klien, penyelia dan organisasi (Maslach, 1998; Maslach, Schaufeli, & Leiter, 2001). Depersonalization (juga dikenali sebagai cynicism) merujuk kepada respon negatif, sinis, atau terpisah yang berlebihan terhadap klien dan situasinya (Maslach, Schaufeli, & Leiter, 2001). Domain ini mewakili perubahan dalam pemikiran interpersonal dan perasaan berkenaan amalan kaunselor dengan klien yang berlaku semasa proses professional burnout. Rasa penurunan pencapaian personal berlaku apabila kaunselor merasa tidak mencukupi apabila klien tidak respon kepada rawatan walau usaha teleh dilakukan untuk membantu klien. Fenomena burnout juga boleh berlaku apabila terdapat halangan birokratik dan tuntutan pentadbiran yang biasa berlaku dalam seting organisasi seperti arahan menentukan rekod klien, atau menyiapkan dokumentasi pentadbiran.

 


Tanda dan Simptom

Burnout adalah satu proses beransur-ansur. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah tidak ketara pada awalnya, tetapi mereka menjadi lebih buruk sebagai dari masa ke semasa. Fikirkan simptom awal sebagai bendera merah (tanda amaran) yang menandakan sesuatu yang tidak kena dan perlu ditangani. Sekiranya kaunselor atau pengamal memberi perhatian dan bertindak untuk mengurangkan tekanan, mereka boleh menghalang kerosakan yang lebih besar. Sekiranya mereka mengabaikan, lama kelamaan akan  membawa kepada burnout.

Berikut adalah antara tanda dan simptom burnout:

Tanda dan simptom fizikal

  • Rasa letih kebanyakan masa
  • Imuniti berkurangan dan sering jatuh sakit
  • Sakit kepala yang kerap atau sakit otot
  • Perubahan dalam selera makan atau tabiat tidur

 

Tanda dan simptom emosional

  • Kegagalan dan keraguan diri
  • Rasa tidak berdaya, terperangkap, dan kalah
  • Pemisahan, merasa sendirian di dunia
  • Kehilangan motivasi
  • Semakin sinis dan negative
  • Kepuasan dan rasa pencapaianmenurun

 

Tanda dan simptom tingkah laku

  • Menarik diri dari tanggung jawab
  • Mengasingkan diri dari orang lain
  • Bertangguh, mengambil masa yang lama meyiapkan sesuatu
  • Menggunakan makanan, dadah dan alkohol untuk menangani
  • Melepaskan kekecewaan kepada orang lain
  • Ponteng kerja atau datang kerja lewat dan pulang awal

 


Faktor Risiko

Faktor yang menyumbang kepada burnout boleh berlaku pada tahap individual, organisasi atau klien (atau kombinasi). Faktor risiko tunggal yang terbesar yang menyumbang kepada burnout adalah kerja-kerja yang melibatkan perkhidmatan manusia. Kerja-kerja perkhidmatan manusia yang melibatkan jangkan-jangkaan emosi, seperti keperluan untuk repres atau memaparkan emosi secara rutin, serta penggunaan empati yang kronik, adalah berkait rapat dengan pengalaman burnout (Maslach, Schaufeli, & Leiter, 2001; Maslach & Leiter, 1997).

Memandangkan kebanyakan pengamal bekerja dalam agensi-agensi perkhidmatan sosial birokratik, organisasi memainkan peranan penting dalam proses burnout. Faktor-faktor organisasi yang dilihat sebagai menyumbang kepada burnout termasuklah bebanan kes yang terlalu tinggi, kurang kawalan atau pengaruh atas dasar agensi dan prosedur, ketidakadilan dalam struktur organisasi dan disiplin, sokongan rakan sebaya dan penyeliaan yang rendah, dan ketiadaan latihan dalam agensi dan di tempat kerja (Barak, Nissly, & Levin, 2001: Maslach & Leiter, 1997). Tingkah laku-tingkah laku organisasi seperti kekerapan ponteng, kelewatan yang kronik, keletihan yang kronik, bukti penjagaan klien yang lemah dan kadar siap tugasan klinikal dan pentadbiran yang rendah, perlu dipertimbangkan sebagai tanda-tanda amaran untuk burnout. Di tahap individual, faktor-faktor seperti hubungan berkonflik dengan rakan sekerja,  personaliti individual dan stail menangani, dan kesukaran berinteraksi dengan dan memahami klien-klien dan situasi mereka juga boleh menyumbang kepada pengalaman burnout (Barak, Nissly, & Levin, 2001; Lloyd, King, & Chenoweth, 2002).

 


Mencegah dan menangani Burnout

Strategi penjagaan diri individu untuk burnout termasuklah menetapkan matlamat-matlamat yang realistik  dengan mengambil kira beban kerja dan penjagaan klien, menggunakan sepenuhnya waktu rehat, mendapatkan rehat da secukupnya dan relaksasi, dan mengekalkan hubungan positif dengan rakan-rakan rapat dan keluarga (Maslach, 2003a). Selain itu, terdapat bukti yang kukuh menunjukkan bahawa sokongan daripada rakan-rakan profesional dan penyelia juga boleh bertindak untuk mengurangkan kesan burnout.

Sokongan sosial dari rakan profesional  termasuklah  sokongan konkrit, seperti membantu dengan kerja-kerja perkeranian yang berlebihan atau membantu mengambil klien yang sukar; dan sokongan emosi, seperti keselesaan, celik akal, maklum balas perbandingan, maklum balas peribadi dan humor (Maslach, 2003b).

 


 

Seterusnya:

SISTEM SOKONGAN

TV, CF & TTS

STRATEGI PENJAGAAN DIRI PERIBADI

STRATEGI PENJAGAAN DIRI PROFESIONAL

PENJAGAAN DIRI

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)