Kemahiran yang digunakan untuk  menangani  tekanan peribadi adalah sama  di tempat kerja. Pemantauan diri dan tindak balas kita terhadap persekitaran kerja adalah elemen penting bagi penjagaan diri profesional. Dalam usaha memberikan perkhidmatan berkesan kepada klien, adalah penting  kita mencari jalan untuk menjaga diri kita sendiri.

Beberapa cadangan berikut terbukti  bermanfaat dalam mengelak tekanan profesional serta menanganinya sebaik sahaja ia berlakul. (Samsiah et al., 2015, 2016).

 

1.  Perkembangan profesional / pendidikan berterusan

Sama seperti kemahiran menangani peribadi yang membantu kita untuk menangani tekanan, begitu juga perkembangan profesional. Ia adalah penting untuk meneruskan pembelajaran kemahiran profesional baharu. Tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam keadaan tertentu atau rasa tidak selesa dengan klien tertentu  boleh mendorong kepada tekanan. Selain belajar kemahiran baharu (yang boleh mengurangkan beberapa tekanan profesional), seminar dan persidangan perkembangan profesional  memberikan kita peluang berharga untuk membina  rangkaian dengan rakan-rakan lain dan keluar seketika dari persekitaran kerja setiap hari. Ramai para profesional mengakui perkembangan profesional dan pendidikan berterusan yang baik mempunyai unsur-unsur kepulihan yang baik. Mereka kembali bekerja akan berasa bertenaga dan bersemangat. Ini boleh menjadi nilai yang besar kepada pengamal kaunseling  di setiap peringkat pengalaman.

2.  Penyeliaan Klinikal dan Konsultasi

Pengamal dalam profesion membantu bekerja dengan pelbagai pelanggan yang berbeza dan sukar. Adalah penting untuk memastikan bahawa setiap individu / klien menerima perkhidmatan terbaik dari kita. Namun ia  juga penting untuk menjaga diri kita sebagai pengamal dan sebagai individu. Penyeliaan klinikal dan konsultasi adalah  dua cara untuk memastikan bahawa keadaan ini berlaku. penyeliaan klinikal membolehkan kita untuk membentangkan kes-kes yang sukar dan untuk meningkatkan pemahaman kita terhadap mereka yang berurusan dengan kita. Secara semulajadinya, ia juga merupakan satu cara untuk memeriksa bagaimana kita melakukan pekerjaan kita. Selain itu adalah penting untuk membangunkan hubungan konsultasi dengan profesional lain. Mewujudkan hubungan seperti ini membolehkan kita berhubung dengan profesional yang lain. Ia juga membolehkan kita untuk terus menilai bagaimana kita mengendalikan perkara-perkara seperti tekanan. Hubungan sebegini boleh menjadai sangat bernilai dalam menjaga kita berdasarkan apa yang kita lakukan dan bagaimana kita melakukannya.

3.  Pengurusan Masa

Dalam penjagaan diri profesional, pengurusan masa amat penting kerana ia mempunyai kelebihan tertentu yang wajar diberi perhatian khusus. Seperti yang diketahui umum, seting kaunseling berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab seperti hubungan dengan klien, dokumentasi, akauntabiliti, kebajikan klien yang mana kesemua ini adalah kemungkinan-kemungkinan komponen pekerjaan kita. Oleh itu, adalah  penting untuk kita mencari jalan untuk menguruskan masa dengan cara yang membolehkan kita menyelesaikan semua tugas yang pelbagai ini. Individu yang tidak mencari jalan untuk menangani pelbagai jangkaan pekerjaan mereka secara  berkesan dan tepat pada masanya akan meletakkan dirinya dalam keadaan sangat tertekan dengan diri mereka sendiri, majikan mereka, klien mereka, dan orang-orang yang bekerja dengan mereka. Terdapat berbagai cara untuk menangani masalah pengurusan masa. Langkah pertama, adalah mengenalpasti  di mana kekuatan dan kelemahan anda. Adakah kerja-kerja dokumentasi merupakan satu cabaran untuk anda? Adakah anda sukar memenuhi  atau menepati temujanji atau tiba ke  mesyuarat tepat pada masanya? Mengenal pasti kelemahan akan membantu kita untuk mengetahui di mana kita perlu memulakan sesuatu pekerjaan.   Ini adalah penting untuk mengambil langkah seterusnya untuk berubah.  Terdapat banyak cara untuk kita mengatur  masa kita dengan berkesan. Mengetahui beberapa teknik-teknik pengurusan masa mungkin berbaloi. Membina hubungan dengan rakan-rakan yang mempunyai pemahaman yang baik mengenai isu-isu pengurusan masa merupakan strategi awal yang baik. Mencuba beberapa perkara  untuk melihat apa yang terbaik untuk diri kita juga penting.  Pada dasarnya adalah penting untuk membangunkan strategi pengurusan masa kerana tekanan pasti akan  meningkatkan tanpa penurusan masa yang berkesan.

Kesimpulannya, setiap strategi di atas menunjukkan kepentingan tentang kesedaran diri.  Hal ini menggambarkan bahawa kesedaran diri merupakan kunci yang paling penting untuk memupuk penjagaan diri individu sendiri.  Kesedaran diri membolehkan individu untuk terus memantau diri mereka dan untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka sekiranya sesuatu berlaku. Akibat kekurangan kesedaran diri, isu-isu kecil boleh berkembang menjadi lebih besar dan ini membawa kepada peningkatan tekanan. Sebaliknya, individu yang tinggi kesedaran dirinya mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan dengan  segera tentang bagaimana untuk menangani isu-isu yang mendatang. Ini menggalakkan pengurangan tekanan.

 


 

Seterusnya:

TV, CF & TTS

BURNOUT

SISTEM SOKONGAN

STRATEGI PENJAGAAN DIRI PERIBADI

PENJAGAAN DIRI

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)