Terdapat 3 fasa meliputi 6 langkah dalam proses kaunseling trauma. Setiap fasa dalam proses kaunseling trauma perlu diuruskan dengan teliti dan diselesaikan dengan baik sebelum pergi ke fasa seterusnya. Ini adalah kerana setiap fasa bergantung kepada foundation yang telah dibina pada fasa terdahulu.

Dalam kaunseling trauma, matlamat keseluruhan BUKAN untuk melihat klien menyelesaikan masalahnya tetapi untuk membantu klien MOBILISE, REDIRECT & SUSTAIN sumber-sumber  mereka dengan baik agar mereka dapat ‘take control‘ kehidupan mereka semula dan membuat klien rasa  ‘in-control ‘ dalam proses kaunseling. 

Terdapat 6 langkah dalam kaunseling sekiranya anda dapati klien telah mengalami peristiwa traumatik:

 

FASA AWAL

Langkah 1: Pengesahan TRAUMA & permulaan sesi

Tentukan peristiwa tersebut dianggap TRAUMA (Trauma Acknowledgement). Adakah klien mengalami peristiwa itu sbg mengancam nyawanya. Sekiranya kes trauma maka bermulalah sesi kaunseling hanya jika klien bersetuju untuk mengikuti sesi (setelah kaunselor menerangkan proses kaunseling, faedah dan risiko menjalani sesi kaunseling trauma). Hubungan yang teraputik, kerjasama (therapeutic alliance) dan kepercayaan dari klien amat penting di peringkat awal ini sebagai asas untuk meneruskan sesi seterusnya. Selain itu aspek keselamatan dan kestabilan  fizikal dan psikologi klien juga perlu diketahui bagi memastikan klien berasa selamat untuk berkongsi cerita-cerita pahit dan saat getir dalam kehidupannya. Paling penting untuk diketahui dari klien ialah idea-idea bunuh diri. Kaunselor boleh membuat perjanjian/ persetujuan TIDAK BUNUH DIRI dalam tempoh 24 atau tempoh terdekat

Seterusnya, kaunselor boleh membina rangka rujuk atau  penstrukturan sesi (boundary & limits) jangkamasa sesi/ kekerapan bagi menjelaskan lagi perjalanan sesi kaunseling. Bagi mengurangkan rasa risau atau takut dengan keadaan yang sedang dilalui oleh klien, kaunselor juga boleh mendidik klien dengan memberikan maklumat berkaitan trauma (psychoeducation), mengajar teknik atau kemahiran relaksasi, berfikir positif dan kemahiran menenag yang sesuai dengan keadaan klien pada ketika itu.

  

FASA PERTENGAHAN

Langkah 2: Penceritaan semula (naratif)

Penceritaan semula membolehkan klien mengekspresi perasaan/ fantasi yang selalunya tidak diekspresi atau terhalang disebabkan berlakunya  peristiwa trauma. Sekiranya suasana yang teraputik dan selamat telah terbina, klien mampu meluahkan dan mengekpresi peristiwa yang dialami. Dalam penceritaan semula ini benarkan/ biarkan serta galakkan klien bercerita peristiwa yang telah dialami dengan detail mengikut sekuen, JIKA klien mahu bercerita.  Dengarkan fakta, perasaan, pemikiran, sensations dan aspek-aspek yang dibayangkan / fantasi.

 

Langkah 3: Menormalkan simptom-simptom

Dalam kaunseling trauma kaunselor perlulah mempunyai pengetahuan tentang simptom dan simptom-simptom trauma yang diramalkan/ dijangkakan. Hal ini kerana mereka yang melalui peristiwa traumatik sememangnya tidak dapat mengelakkan dari mempamerkan rasa bersalah, marah, dendam, menyalahkan, benci, tidak percaya dan pelbagai lagi simptom-simptom trauma. Dalam keadaan begini, kaunselor perlulah ‘normalize’ reaksi-reaksi klien terhadap peristiwa trauma. dari segi kognitif, emosi, tingkah laku dan psikologikal. Normalize ialtu menyatakan bahawa simptom-simptom / reaksi-reaksi yang ditunjukkan oleh klien adalah respon yang normal terhadap peristiwa yang tidak normal dan juga mendidik/ menyatakan kepada  klien tentang simptom-simptom PTSD yang dijangkakan/ diramalkan akan berlaku. Normalize dapat mengurangkan ketakutan (going crazy) yang diramalkan akan berlaku serta mengurangkan klien menderita (secondary traumatization) kerana takutkan simptom-simptom/ reaksi. Di tahap ini juga kaunselor memberikan pendidikan/ pengetahuan tentang simptom-simptom PTSD dan kesihatan mental yg berkaitan.

 

Langkah 4: Penerokaan rasa bersalah & menyalahkan & alternatif

Perasaan bersalah (@ marah, sedih, takut, malu, dsb.) perlu diterokai. Adalah penting kaunselor membawa klien melalui tahap ini dengan berhati-hati, dan pada masa yang sama meneroka alternatif-alternatif yang berguna. Klien selalu mendapati rasa bersalah (guilt) tidak rasional dan klien merasakan dia telah melakukan yang terbaik. Meneroka/ menangani rasa bersalah/ menyalahkan dapat memberikan banyak kebaikan kepada klien antaranya ialah:

  • Dapat menyakinkan klien yanag dia telah buat yang terbaik/ termampu
  • Mengembalikan semula estim kendiri dengan membenarkan/ mengesahkan apa-apa pemikiran/ tingkah laku/ strategi yang efektif pada ketika itu
  • Mengukuhkan bahawa tindakan klien pada ketika itu sebenarnya membantu ‘survival’ klien
  • Teroka apa-apa kerisauan yang klien rasakan akan memberi kesan kepada orang lain
  • Meneroka kepercayaan tidak rasional yang mungkin ada
  • Sekiranya tindakan klien sebagai penyebab, kaunselor perlu membantu klien mengasingkan ‘outcome’  daripada ‘intent’/ motif.

 

FASA AKHIR

Langkah 5: Menggalakkan penguasaan diri/ kemahiran daya tindak

Ditahap ini, kaunselor membantu klien untuk jalani kehidupan seharian dengan mengembalikan semula tahap ‘coping’ atau kekuatan yang ada pada diri klien. Aspek ‘coping’ yg penting ialah sokongan yang mencukupi dari keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang rapat dan dipercayai oleh klien. Oleh itu, kaunselor boleh membantu klien untuk membina/ menggerakkan (mobilizing) sokongan sedia ada dan membina semula hubungan yang telah terputus atau mencari rangkaian hubungan yang baharu.

Di tahap ini juga kaunselor boleh bertanya kepada klien tentanga cara yang biasa digunakan oleh klien  bila berhadapan dengan stres. Galakkan penerokaan mekanisme daya tindak. (kaunselor boleh bantu klien kenalpasti & bina sumber/ daya tindak). Jika perlu, perkenalkan pelbagai teknik coping seperti relaksasi; kemahiran/ pengurusan masa, stres, marah, asertif; teknik kognitif seperti thought stopping, distraction, struktur masa, systematic desensitization, dan sebagainya. Dalam usaha kaunselor membantu klien untuk mengembalikan kapasiti ‘coping’ klien, rasa bimbang dan takut yang dialami oleh klien akan semakin berkurangan. Jika kaunselor merasakan klien boleh ‘cope,’ dengan apa yang sedang dilaluinya, dapatkan persetujuan klien dan aturkan pertemuan seterusnya dalam masa 6-8 minggu untuk memastikan klien dapat pulih denagn baik/ normal (normal recovery). Jika klien mengalami simptom-simptom PTSD  di fasa akhir ini, dia perlulah dirujuk ketika ini.

 

Langkah 6: Perancangan & susulan

Di tahap ini kaunselor membantu klien membuat perancangan untuk dirinya dan memastikan aspek keselamatan klien jika perlu.  Namun, kaunselor boleh merujuk sekiranya tidak dapat membantu klien/ risaukan keadaan klien. Ini adalah untuk mencegah PTSD.

 


 

Kemahiran, Pengetahuan dan Proses Kaunseling Trauma

FASA / KEMAHIRAN/ PENGETAHUAN PROSES / LANGKAH
FASA AWAL Kemahiran: Empati, penerimaan tanpa syarat, bina hubungan. L1:  Pengesahan TRAUMA  (Keselamatan, kestabilan & hubungan teraputik)
FASA PERTENGAHAN Kemahiran: Empati, ‘normalization’, aspek psikososial, pengurusan stress, intervensi krisis. L2:    Penceritaan semula (naratif) L3:    Menormalkan simptom2 L4:    Penerokaan rasa bersalah & menyalahkan  & alternatif
FASA AKHIR Kemahiran: pengurusan stres, marah, bina networking, membuat rujukan. L5:    Menggalakkan penguasaan diri/ kemahiran daya tindak L6:    Perancangan & susulan

(Sumber: Samsiah Mohd Jais & rakan-rakan, Kajian FRGS 2012-0030-107-02)

 

Proses Kaunseling Trauma

 


 

Seterusnya:

TEORI TRAUMA KONTEMPORARI

PENJAGAAN DIRI

KAUNSELING TRAUMA

 

 

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)