Bagaimanakah sesuatu peristiwa boleh menyebabkan respon emosi yang traumatik kepada seseorang individu dan tidak kepada individu yang lain?

Tidak ada jawapan yang jelas terhadap persoalan ini, tetapi faktor-faktor berikut mungkin mempengaruhi:

  • Ketenatan/ keseriusan peristiwa (contohnya, wanita yang telah dirogol mungkin lebih trauma berbanding wanita yang didera secara verbal)
  • Sejarah peribadi individu (contohnya, individu yang pernah didera semasa kecil akan mengalami tekanan yang lebih traumatik sekiranya dia mempunyai suami yang juga menderanya. Kemahiran menanganinya juga berbeza jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mengalami penderaan semasa kecil.)
  • Makna yang diberikan oleh individu terhadap sesuatu peristiwa (contohnya, individu yang pernah menyaksikan kemalangan kereta mungkin lebih menunjukkan simptom-simptom trauma berbanding individu yang pernah didera. Ini adalah kerana individu yang telah menyaksikan kemalangan kereta mungkin mengalami isu yang tidak selesai di masa lampau (unfinished) dan kemahiran menangani yang lemah.
  • Kemahiran menangani (coping skills, nilai dan kepercayaan yang dipegang oleh individu. Sesetengah individu mempunyai ragam dan personaliti yang menjadikan mereka lebih bergantung atau lebih agresif. Dalam hal ini tindak balas mereka terhadap trauma mungkin berbeza berbanding individu lebih stabil personalitinya.

 

Reaksi dan sokongan dari keluarga, kawan-kawan dan ahli professional. Sesiapa sahaja boleh menjadi trauma, walau professional yang bekerja dengan orang yang boleh mendapat simptom  trauma ‘vicarious; atau ‘secondary’.  Mempunyai simptom-simptom trauma bukanlah tanda kita lemah. Sebaiknya simptom-simptom ini perlulah dipandang serius dan langkah-langkah perlu diambil untuk menyembuhkannya, seperti kita mengambil langkah utuk menyembuhkan kesakitan fizikal. Seperti   dengan keadaan fizikal kita , masa dan bantuan yang diperlukan untuk pulih dari trauma emosional juga berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.

 


 

Seterusnya:

KESAN TRAUMA

SIMPTON TRAUMA

PERISTIWA KEHIDUPAN

TRAUMA

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)