‘Trauma’ boleh dilihat dari konteks perubatan dan psikiatri.  Dalam konteks perubatan,  ‘trauma’ merujuk kepada kecederaan fizikal yang kritikal dan serius, luka atau kejutan. Dalam konteks psikiatri ‘trauma’ membawa makna yang berbeza dan merujuk kepada pengalaman yang menyakitkan secara emosi, memberi tekanan, atau memberi kejutan, yang selalunya menyebabkan kesan-kesan mental dan fizikal yang berpanjangan.

Perkataan trauma membawa kepada minda kita tentang peristiwa utama dalam yang berlaku dalam kehidupan seperti peperangan, perogolan, penculikan, penderaan, atau terselamat dari malapetaka alam. Trauma emosional dan psikologikal yang dialami selepas peristiwa-peristiwa ini dikaitkan dengan Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).

Trauma bermula apabila sesuatu kejadian atau pengalaman melebihi atau ‘overwhelms’ daripada mekanisma menangani  yang ada pada individu. Trauma adalah apa-apa tekanan yang berlaku secara tiba-tiba dan memaksa dan pengalaman melaluinya adalah ‘overwhelm.’ Wanita yang telah melalui peristiwa traumatik menyatakan perasaan mereka sebagai mengalami ketakutan yang amat sangat, tidak berdaya dan mengerikan (Covington, 2003).

 

Apakah trauma emosional dan psikologikal?

Keupayaan mengenalpasti trauma esmosi telah berubah dengan radikal sepanjang sejarah. Penyelidikan terkini telah menunjukkan trauma emosional boleh berlaku disebabkan oleh  peristiwa biasa seperti kemalangan kenderaan, perpisahan hubungan yang signifikan, pengalaman amat memalukan atau mengecewakan, mengetahui penyakit yang mengancam nyawa atau keadaan yang tidak upaya atau peristiwa-peristiwa lain yang menyerupai. Peristiwa traumatik boleh memberikan kesan emosi yang mendalam terhadap mereka yang menghadapinya, walaupun ianya tidak melibatkan kerosakan fizikal.

 


 

Seterusnya:

PERISTIWA KEHIDUPAN

RESPON TERHADAP TRAUMA

KESAN TRAUMA

SIMPTON TRAUMA

 

Produk Kami

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)