Insiden trauma sangat berleluasa dan impaknya ke atas kesihatan mental sangat mendalam. Oleh itu, adalah penting untuk memberikan pendidikan, latihan dan penyeliaan kepada kaunselor dan mereka yang terlibat dalam profesyen menolong secara langsung atau tidak sebagai persediaan untuk mencegah dan merawat kepada individu (klien) yang menjadi mangsa trauma.

Kit Pendidikan Kaunseling Kesihatan Mental (KPKMT) telah dibina untuk membantu para pendidik kaunselor, kaunselor, psikologis, fasilitator, pekerja sosial dan individu berminat untuk mendidik dan mempelajari secara teori, praktis dan klinikal untuk meningkatkan kecekapan mengendalikan kes-kes berkaitan gangguan mental dan trauma. Hal ini selaras dengan saranan beberapa badan antarabangsa dan tempatan seperti World Health Organization (WHO), Kementerian Pendidikan Malaysia, CACREP Council of Accreditation of Counseling and Related Educational Programs, dan Kementerian Kesihatan Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental yang sihat yang boleh menjadi penampan kepada stres yang traumatik. Pendidikan kesihatan mental dan trauma adalah sangat penting memandangkan pengkhususan Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal merupakan salah satu dari lapan (8) sub bidang yang disenaraikan dalam piawaian kurikulum kaunseling antarabangsa yang diiktiraf dunia (CACREP, 2009).

KPKMT terdiri daripada empat produk iaitu:

  • Modul Kaunseling Kesihatan Mental & Trauma
  • CD & Booklet Pencegahan dan Intervensi
  • Poster & Poskad Kaunseling Kesihatan Mental & Trauma
  • iTF-CBT (Kaunseling Maya) 

 


 

Seterusnya:

Modul KKMT

Poskad & Poster 

CD & Booklet

Produk Kami

Web Kaunseling Trauma dan Kesihatan Mental (KTKM)