Modul Kaunseling Kesihatan Mental dan Trauma (KKMT): Manual Fasilitator dan Peserta
Modul KKMT mengandungi 5 modul latihan dan 11 aktiviti yang difokuskan kepada dua kumpulan peserta iaitu Fasilitator dan Peserta. Modul ini mengintegrasikan aspek kesihatan mental dan trauma yang boleh membantu para peserta seperti kaunselor dan pekerja sosial meningkatkan kecekapan dalam asas kesihatan mental and trauma, intervensi krisis, kaunseling trauma, pentaksiran trauma dan penjagaan diri kaunselor. Modul ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik iaitu .883 dan .947. Analisis perbandingan skor ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan kecekapan dari 3.3028 kepada 4.2524 dalam kalangan kaunselor yang telah mengikuti program kaunseling kesihatan mental dan trauma.
Seterusnya: